Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Syukran Di Atas Kunjungan. Untuk Mendapatkan Paparan Yang Lebih Baik, Sila Gunakan Browser Mozilla Firefox. Syukran
11:46 PM

Takaful Ikhlas Terima 2 Anugerah Antarabangsa

dikirim oleh Mohd Rozman Bin Omar

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menerima dua penganugerahan antarabangsa sebagai Penyedia Takaful Terbaik daripada Berita Kewangan Islam (IFN) dan Majalah Kewangan Islam Euromoney (Majalah Euromoney) baru-baru ini.

Anugerah yang diterima daripada IFN merupakan pengiktirafan buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2008. Manakala pengiktirafan daripada Majalah Euromoney, diraih buat kali kedua selepas 2010.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pihaknya berbangga di atas dua pengiktirafan tersebut memandangkan industri takaful yang begitu mencabar ketika ini.


"Anugerah dan pengiktirafan ini menunjukkan bahawa produk-produk Takaful Ikhlas telah mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan memenangi dua anugerah tersebut, ia bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan syarikat di dalam industri takaful, malah ia turut menggambarkan komitmen syarikat dalam memperjuangkan industri kewangan Islam melalui produk berinovatif tinggi dan perkhidmatan yang berkualiti. - Utusan Malaysia

Read More...

11:14 PM

Takaful Ikhlas Sasar RM8 Juta Tabungan Bukan Islam

dikirim oleh Mohd Rozman Bin Omar

KOTA KINABALU — Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. menyasar jumlah penabungan dari segmen bukan Islam pada tahun ini meningkat kepada RM8 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pada tahun lepas, syarikat mencatatkan penabungan sebanyak RM1 juta bagi segmen tersebut.

Syarikat yakin peningkatan sebanyak 700 peratus ini mampu dicapai melalui perancangan untuk menambah ejen-ejen baru dalam kalangan bukan Islam kepada 200 orang berbanding kurang dari 50 orang buat masa ini, kata beliau.

Beliau berkata, kadar penembusan syarikat dan juga sektor takaful secara amnya untuk segmen ini masih lagi rendah kerana kurangnya jaringan atau capaian yang efektif.

“Melihat masih banyak lagi peluang yang tersedia, maka pada tahun lepas kami telah menubuhkan satu bahagian baru yang dikenali sebagai Bahagian Pasaran Baru, khas untuk mendekatkan diri kami kepada golongan bukan Islam ” kata beliau kepada pemberita bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2012.


Buat masa ini katanya, penglibatan bukan Islam dalam penabungan dalam syarikatnya kira-kira sembilan peratus dengan penabungan mereka lebih kepada berbentuk kelompok atau melalui syarikat-syarikat.


Syed Moheeb berkata, Takaful Ikhlas yakin dapat menembusi pasaran bukan Islam kerana produk-produk takaful sememangnya bersifat universal dan mementingkan keadilan kepada semua peserta dalam bentuk perlindungan dan pulangan penabungan. — BERNAMA

Read More...

10:51 PM

Takaful Ikhlas Serah Zakat Perniagaan RM50,000 Kpd MUIS

dikirim oleh Mohd Rozman Bin Omar

KOTA KINABALU - Takaful Ikhlas Sdn Bhd hari ini menyerahkan sumbangan zakat perniagaannya untuk tahun kewangan 2011/2012 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah berjumlah RM50,000.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengerusinya Sharkawi Alis, disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni.

 

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, yang mengiringi lawatan Yang Dipertua Negeri ke tapak pameran Minggu Saham Amanah Malaysia 2012, di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah. 

Sumbangan zakat itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah Aspah Abdullah Sani dan bakal diagihkan kepada asnaf zakat di negeri ini.

“Tujuan penyerahan sumbangan zakat perniagaan ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada para asnaf,” kata Naib Presiden Eksekutif Operasi Perniagaannya Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

“Sumbangan zakat ini juga adalah sebagai salah satu cara untuk menerapkan semangat saling tolong-menolong dan membantu golongan yang kurang bernasib,” kata beliau.

Beliau berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan di samping menjadi contoh kepada institusi lain dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat.

Takaful Ikhlas yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd, syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah PNB melalui Skim Amanah Saham Bumiputera. -Bernama

Read More...

7:58 AM

Syed Moheeb Dipilih CEO Terbaik

dikirim oleh Mohd Rozman Bin Omar

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman telah dianugerahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik The BrandLaureate baru-baru ini.

Anugerah itu telah diberikan oleh Yayasan Penjenamaan Asia Pasifik (APBF) yang disampaikan pada majlis SMEs Chapter Awards 2011.

Syed Moheeb berkata, beliau berasa amat bersyukur dan berterima kasih di atas penganugerahan ini.

''Secara peribadi, saya amat berbesar hati apabila diberikan penganugerahan setinggi ini.

''Anugerah yang diterima pada malam ini adalah hasil daripada sokongan semua pihak,'' katanya.

Pada majlis yang sama, Takaful Ikhlas turut mengungguli dua anugerah lain.

Dua anugerah yang dimenangi adalah penjenamaan terbaik yang juga merupakan salah satu daripada anugerah utama dan Takaful Ikhlas juga membawa pulang anugerah Penjenamaan Produk - Jenama Terbaik.

Syed Moheeb menambah, ketiga-tiga anugerah yang diterima merupakan pemangkin dan pembakar semangat untuk Takaful Ikhlas melipat gandakan usaha dalam melonjakkan pencapaian syarikat.

Katanya, ia sejajar dengan komitmen Takaful Ikhlas untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.

''Kami juga yakin dan percaya bahawa penjenamaan syarikat yang unggul, diukur menerusi pencapaian syarikat yang memberangsangkan dan perkhidmatan yang cemerlang,'' ujarnya.

Takaful Ikhlas mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd., sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.

- Utusan Malaysia 20 Januari 2012 -

Read More...

Iklan: tudung anggun muslimah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us